Monday, June 05, 2017

10 FAKTA TENTANG WONDER WOMAN YANG PERLU ANDA TAHU


Wonder Babe

Bersempena dengan pelancaran filem Wonder Woman pada 01 Jun 2017 yang lepas, mari kita lihat fakta-fakta menarik mengenai Wonder Woman yang perlu anda ketahui.



10. Wonder Woman Lemah Terhadap Ikatan Dan Dirantai.








Lebih tepat lagi adalah apabila  Wonder Woman diikat atau dirantai oleh kaum lelaki, kononnya ia adalah sebahagian daripada undang-undang Aphrodite. Pada awal komik Wonder Woman diterbitkan, pencipta komik tersebut William Marston mereka watak Wonder Woman berdasarkan gerakan wanita 1920 yang mana gerakkan tersebut selalunya digambarkan oleh wanita-wanita yang dibelenggu rantai dan disekat kebebasan mereka untuk mengundi. Wonder Woman merupakan simbol dimana William Marston mahu mengetengahkan kebebasan wanita pada era tersebut yang masih lemah. 





9. Hot Wheels Mengeluarkan "Invisible Jet" Edisi Terhad. 






Invisible Jet adalah mod pengangkutan jarak jauh Wonder Woman. Ia diperbuat daripada bahan-bahan makhluk asing yang membuat ia menjadi halimunan. Bersempena dengan filem Wonder Woman yang baru tiba di wayang, pengeluar kereta mainan Hot Wheels telah mengeluarkan mainan edisi terhad Invisible Jet mereka tersendiri yang cukup unik. Para pembeli mainan tersebut akan mendapati bahawa mainan tersebut sebenarnya hanyalah mainan Prank semata-mata kerana didalamnya tiada isi mainan. Hot Wheels meletakkan acuan berbentuk jet didalam plastik pembungkusan supaya kelihatan seperti terdapat mainan didalam dan juga menambah berat plastik pembungkusan bagi memberi rasa seperti terdapat sesuatu didalamnya. 






8. Wonder Woman Telah Membunuh Banyak Watak Didalam Komik.



Di dalam komik-komik DC seperti Batman dan Superman, terdapat peraturan dimana hero-hero ini tidak akan sama sekali membunuh sesiapa mahupun orang baik atau jahat. Tetapi tidak seperti komik-komik sealam dengannya, Wonder Woman mempunyai pendekatan yang berlainan tentang membunuh. Antara mangsa-mangsa Wonder Woman termasuklah Batman, Doomsday, Medusa dan banyak lagi. 





7. Kemunculan Pertama Wonder Woman Di Layar Perak Adalah The Lego Movie 2014.


Selama ini Wonder Woman pernah muncul didalam rancangan Tv dan Langsung-Ke-CD, tetapi selepas lebih 70 tahun akhirnya salah satu watak adiwira paling ikonik telah berjaya masuk kedalam teater. 





6. Wonder Woman Mempunyai Banyak Kuasa-Kuasa Pelik Yang Tak Pernah Kita Ketahui.




Kebanyakkan watak-watak adiwira mempunyai kuasa yang spesifik dan senang diingati. The Flash mempunyai kelajuan luar biasa, Ant-Man boleh mengubah saiz tubuh beliau sekecil semut dan Batman seorang yang kaya. Kuasa yang sinonim dengan Wonder Woman adalah kekuatan luarbiasa, terbang, mahir dalam pertempuran dan menggunakan "lasso of Truth". Tetapi terdapat juga kuasa-kuasa lain Wonder Woman yang tidak selalu ditonjolkan kerana ia agak pelik. Salah satu daripadanya adalah "mental radio". Iaitu dimana Wonder Woman boleh berkomunikasi jarak jauh secara mental. Mental radio ini berbentuk seperti jam dan mempunyai skrin video yang memaparkan wajah serta wayar yang dililit di dahi penggunanya. Selain itu, Wonder Woman juga mempunyai kuasa dimana beliau boleh menggunakan telepati dengan mana-mana askar selepas beliau diberi kuasa sebagai dewi perang. 






5. Wonder Woman Pernah Menguasai Tukul Thor.




Pada tahun 1996, Marvel dan DC telah mengeluarkan komik crossover yang mana telah mempertemukan watak-watak Marvel dan DC. Berlaku perlawanan epik antara watak-watak seperti Superman, The Hulk, Silver Surfer dan Green Lantern serta banyak lagi. Diantara banyak-banyak perlawanan tersebut adalah perlawanan antara Thor dan Captain Marvel, dimana Thor telah menang tetapi kehilangan tukul beliau. ketika inilah Wonder Woman telah mengangkat dan menguasai tukul Thor,  Mjölnir. Wonder Woman akhirnya melepaskan Mjolnir dan kuasanya apabila bertempur dengan Storm kerana merasakan memakai tukul tersebut memberi beliau kuasa yang berat sebelah dan tidak adil bagi Storm.






4. Pelakon TV Wonder Woman Melakukan Aksi Lasak Sendiri.


Lynda Carter adalah pelakon asal rancangan Tv Wonder Woman pada tahun 1975.  Semasa zaman tersebut, efek khas dan sebagainya masih ketinggalan dan tidak lawa tetapi mempunya aksi lawak yang menarik. 


Didalam video tersebut, Lynda Carter dikatakan melakukan sendiri aksi tersebut kerana pelakon aksi beliau terlalu menonjol dalam shot yang dilakukan. Oleh itu, beliau melakukan sendiri aksi tersebut dengan memaut helikopter ketika ia mendaki ke udara. 


3. Lynda Carter Juga Berlakon Suara Didalam Banyak Permainan Video.



Antara watak-watak yang disuarakan oleh Lynda Carter seperti penyanyi didalam Fallout 4 , Magnolia dan juga Daedric Azura serta Gormlaith Golden-Hilt didalam Skyrim .Lynda turut menyumbangkan dan menerbitkan 5 buah lagu untuk Fallout. Selain itu, beliau juga memainkan setiap karekter "Nord Woman" didalam setiap siri permainan Elder Scrolls sejak Morrowind.




2. Wonder Woman Hampir Mempunyai Kartun 90-an Dan Rangkaian Mainan Patung.


Sekitar Awal 90an, DC dan Mattel bergabung dalam usahasama untuk mereka kartun Wonder Woman bagi kanak-kanak. Siri kartun ini akan dinamakan "Wonder Woman and the Star Riders" yang mana watak-watak baru dicipta sebagai pembantu Wonder Woman supaya Mattel boleh mengeluarkan lebih banyak anak patung berlainan watak untuk dijual. Tidak patung mahupun kartun tersebut berjaya dihasilkan, tetapi sebuah komik berdasarkan idea ini telah dikeluarkan bersama setiap pembelian Kellogg's Cinnamon Mini-Buns. Selebihnya terkubur buat selamanya. 




1. Kuasa Wonder Woman Diinspirasikan Oleh Objek Nyata.




Salah satu kuasa Wonder Woman yang paling terkenal adalah penggunaan "Lasso of Truth" yang menyebabkan sesiapa yang tertangkap oleh objek tersebut terpaksa menurut perintah dan hanya memberitahu perkara yang sebenar. Selain terkenal sebagai pencipta Wonder Woman, William Moulton Marston juga dikenali sebagai salah seorang pelopor dalam bidang "Polygraph" atau "lie detection". Marston membantu mencorak idea berkenaan mesin tersebut dan menggalakkan penggunaannya, malahan menerbitkan sebuah buku mengenai teknik-teknik menggunakannya sebelum mesin tersebut menjadi alat kebiasaan seperti sekarang. 


Alat tersebut sendiri diinspirasikan daripada bini beliau, Elizabeth, yang mana telah memberitahu Marston yang tekanan darah beliau sering berubah seiring dengan perubahan emosi yang berlaku. Manakala bagi "Bracelets of Submission" , Marston mendapat idea tersebut daripada gelang yang dipakai kekasih beliau, Olive Bryne. 



Artikel Asal : Dorkly

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...